Social Icons

Maklumat Lain

 


JobsMalaysia merupakan satu laman web yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia untuk memudahkan para calon yang ingin mencari pekerjaan di dalam sektor swasta atau kerajaan. Dengan mendaftar di dalam laman web ini, pencari kerja hanya perlu memohon untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini. Tidak seperti Jobstreet ataupun laman web yang menawarkan pekerjaan yang lainnya, Jobsmalaysia menawarkan perkhidmatan ini secara percuma. Oleh yang demikian, para calon tidak perlu merasa gusar untuk menggunakannya tanpa perlu bimbang mengenai caj bayaran yang dikenakan selepas mendapat pekerjaan. 


Laman web ini diuruskan oleh Jabatan Tenaga Kerja dibawah Kementerian Sumber Manusia. Ianya pada asalnya dikenali sebagai ELX ataupun Electronics Labour Exchange. Oleh yang demikian, para pencari kerja digalakkan untuk mendaftar di pejabat-pejabat Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran. Akan tetapi, pencari kerja tidak semestinya harus datang ke Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat untuk mendaftar, malahan boleh juga mendaftar sendiri di rumah ataupun di kafe siber yang berdekatan. Dengan ciri-ciri mesra pengguna, laman web ini tidak sukar untuk dilayari dan boleh digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. 


Oleh itu, sila layari http://www.jobsmalaysia.gov.my/ untuk mendaftar. 

Tatacara Temuduga




Setelah anda dipanggil untuk satu temuduga, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan semasa temuduga. Berikut merupakan dokumen yang perlu untuk disediakan dan dibawa semasa temuduga: 
1. Resume (beserta dengan gambar berukuran passport) 
2. Salinan sijil-sijil (spt. diploma, sijil kemahiran, sijil SPM dan sbgnya) 
3. Siji-sijil asal 




Tips-tips 
Adalah lebih baik untuk anda berpakaian secara sopan dan bersesuaian dengan jawatan yang anda pohon tersebut. Selain itu, anda juga perlu untuk membuat sedikit rujukan mengenai syarikat atau badan kerajaan yang menemuduga anda. Sediakan juga pengetahuan-pengetahuan yang perlu dan berkaitan dengan jawatan anda tersebut. 

Untuk memudahkan anda, saya link video di atas sebagai rujukan anda. 


Selamat Berjaya...(^_^)...... 

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text