Social Icons

Wednesday, June 20, 2012

Kekosongan Jawatan KEDA




Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan secara Kontrak/Tetap di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) seperti berikut:-
1. Pegawai Pertanian
2 Pegawai Tadbir
3. Pegawai Penerangan
4. Penolong Jurutera (Jentera/Awam)
5. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
6. Penolong Akauntan
7. Pembantu Ehwal Ekonomi
8. Juruteknik Awam
9. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
10. Pembantu Tadbir (Kewangan)
11. Pemandu Kenderaan
12. Pekerja Awam
Cara memohon:
1) Semua permohonan hendaklah menggunakan borang KEDA AM 1/2011 yang boleh didapati melalui laman web www.keda.gov.my. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir.
2) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan:
a) Salinan sijil atau keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan;
b) Salinan sijil kelahiran, kad pengenalan dan sijil-sijil persekolahan.
3) Permohonan berikut akan ditolak:
a) Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;
b) Tidak lengkap atau tidak terang;
c) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
;
d) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat;
e) Tidak ditandatangani; dan
f) Diterima selepas tarikh tutup permohonan.
4. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:
Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim
Peti Surat 195
05720 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN
Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN yang dimohon.
5. Tarikh tutup permohonan: 1 Julai 2012.
6. Catatan Am:
a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklandianggap tidak berjaya.
c) Permohonan yang lewat dan sebarang tuntutan perjalanan menghadiri temuduga jawatan ini tidak akan dilayan.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text