Social Icons

Tuesday, June 5, 2012

Kekosongan Jawatan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang




Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut di bawah dan keutamaan adalah diberikan kepada Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur.

1. JAWATAN : PEGAWAI TADBIR GRED N41
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN 
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Jadual Gaji Matriks
Gred N41 : P1 RM1,910.02 - RM5,468.52
P2 RM2,016.94 - RM5,782.96
P3 RM2,128.58 - RM6,124.30

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  •  ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3); atau
  • ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T4); dan
  • kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
TARAF JAWATAN : TETAP

SYARAT  KENAIKAN PANGKAT : Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan

SECARA LANTIKAN Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N32 adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam berkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas;  atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
PEMAKLUMAN DI BAWAH SYARAT-:  Pegawai-pegawai     yang     memasuki      perkhidmatan

SYARAT SKIM PERKHIDMATAN Pegawai Tadbir adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari masa ke semasa.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 JUN 2012 (JUMAAT)

Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKPP 1 yang boleh diperolehi di Pejabat LKPP.  Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan sama ada datang sendiri atau melalui laman Website : www.lkpp.gov.my dan dihantarkan ke alamat seperti di bawah:-

Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian
Negeri Pahang,
Jalan Gambut,
25990 Kuantan.

MAKLUMAT LANJUT DAN BORANG PEMOHOAN KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text