Social Icons

Thursday, June 7, 2012

Kekosongan Jawatan Majlis Daerah Kubang Pasu



Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat KDYMM Sultan Kedah dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan berikut:-

NAMA JAWATAN : PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17 
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN 
TARAF JAWATAN : TETAP ( 4 KEKOSONGAN )


NAMA JAWATAN : JURUTEKNIK LANDSKAP GRED J17 
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN 
TARAF JAWATAN : TETAP ( 1 KEKOSONGAN )


CARA PERMOHONAN DAN SYARAT-SYARAT:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDKP Am 1 (dikenakan bayaran RM 5.00 sekeping) yang boleh didapati dengan mengemukakan sampul surat berukuran 11cm x 22cm yang beralamat sendiri dan bersetem atau datang sendiri di bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Kubang Pasu, Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. 

2. Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-
(a) Gambar berukuran passport
(b) Salinan Sijil Kelahiran
(c) Salinan Kad Pengenalan
(d) Salinan Sijil Peperiksaan
(e) Lain-lain Sijil yang berkenaan

3. Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan kumpulan A.
4. Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan akan DITOLAK. Permohonan hendaklah sampai di alamat seperti berikut:

Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu
Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu 
06000 Jitra 
Kedah Darul Aman. 

5. Tarikh tutup permohonan ialah pada : 19 Jun 2012

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text