Social Icons

Tuesday, June 5, 2012

Kekosongan Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Selangor




SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, terdiri daripada pemohon atau ibu/bapa pemohon yang dilahirkan di Negeri Selangor yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti senarai di bawah.

Permohonan boleh dibuat dengan terlebih dahulu mendaftar secara on-line.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Jun 2012.

1 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41
2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DGA29
3 Penolong Jurutera (Awam) J29
4 Penolong Jurutera (Mekanikal) J29
5 Penolong Pegawai Veterinar G27
6 Penolong Pegawai Tanah NT27
7 Pembantu Veterinar G17
8 Renjer Hutan G17
9 Juruteknik (Awam) J17
10 Juruteknik (Ukur Bahan) J17
11 Juruteknik (Mekanikal) J17
12 Pembantu Setiausaha Pejabat N17
13 Pegawai Khidmat Pelanggan N17
14 Pengawas Hutan G11

(a) Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang secara on-line dengan melayari portal rasmi.

(b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dikemukakan kepada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor berserta dengan dokumen-dokumen sokongan.

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta sijil lahir, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan;

(d) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing;

(e) Permohonan yang tidak diisi dengan lengkap akan DITOLAK.

Alamat Permohonan
(a) Portal Rasmi : http://spn.selangor.gov.my
(b) Surat Menyurat:

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Selangor Darul Ehsan,
Tingkat 1, Bangunan Darul Ehsan,
No.3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam.

Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat dengan menghubungi pihak Urusetia melalui telefon atau melalui email berikut:
(a) urusetia : 03-5544 5410
(b) spnadmin : 03-5544 5418
(c) email : spnadmin@selangor.gov.my

Sila rujuk portal rasmi SPN Selangor di alamat berikut:
http://spn.selangor.gov.my

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text