Social Icons

Friday, June 1, 2012

Kekosongan Jawatan Universiti Utara Malaysia

Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.Pelaksanaan Pelan Transformasi UUM merupakan “roadmap” yang dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama bermula dari 2011 hingga 2015 yang akan memberikan tumpuan untuk meletakkan UUM di peta akademik tempatan dan bergerak secara sistematik serta terancang. Tumpuan lebih akan dibuat untuk menjayakan pelan transformasi pertama tanpa mengabaikan fasa kedua Pelan Transformasi yang akan bermula pada 2016 hingga 2020.
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Universiti Utara Malaysia :
1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 (1 KEKOSONGAN – KONTRAK)
2. PEGAWAI TADBIR GRED N41 (2 KEKOSONGAN – TETAP)
3.PUSTAKAWAN GRED S41 (2 KEKOSONGAN – TETAP)
4. PEGAWAI FARMASI GRED U41 (1 KEKOSONGAN – TETAP)
5. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD41 (1 KEKOSONGAN – TETAP)
6. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G32 (1 KEKOSONGAN – TETAP)
7. PEMBANTU MAKMAL GRED C17 (1 KEKOSONGAN – TETAP)
8. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 (3 KEKOSONGAN – KONTRAK)
9. JURUTEKNIK AWAM GRED J17 (1 KEKOSONGAN – TETAP)
10. JURUTEKNIK MEKANIKAL GRED J17 (1 KEKOSONGAN – TETAP)
11. JURUTEKNIK ELEKTRONIK GRED J17 (3 KEKOSONGAN – KONTRAK)
12. JURUTEKNIK ARKITEK GRED J17 (2 KEKOSONGAN – KONTRAK)
13. PELUKIS PELAN GRED J17 (4 KEKOSONGAN – KONTRAK)
14. PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17 (1 KEKOSONGAN – TETAP)
15. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN GRED U17 (1 KEKOSONGAN – TETAP)
16. TUKANG K2 (MEKANIKAL) GRED R11 (3 KEKOSONGAN – 1 TETAP, 2 KONTRAK)
17. TUKANG K3 (ELEKTRONIK) GRED R9 (1 KEKOSONGAN – KONTRAK)
18. TUKANG K3 (MENGECAT) GRED R9 (1 KEKOSONGAN – KONTRAK)
19. OPERATOR LOJI GRED R3 (3 KEKOSONGAN – KONTRAK)
Borang permohonan boleh didapati daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Utara Malaysia dengan mengemukakan sampul surat berukuran 26cm x 34cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 atau datang mengambilnya sendiri di Kaunter Jabatan Pendaftar, UUM dengan bayaran sebanyak RM 5.00 yang boleh dibayar di Kaunter Bendahari, UUM atau dalam bentuk Wang Pos, dibayar atas nama ‘BENDAHARI UUM’.
Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada:
Pendaftar
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 04-928 3864/4131
Maklumat terperinci mengenai semua jawatan di atas dan syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web berikut : http://www.pendaftar.uum.edu.my/
Tarikh tutup permohonan : 21 Jun 2012 (Khamis)

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text