Social Icons

Tuesday, June 5, 2012

Kekosongan Jawatan Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar


Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong seperti berikut:


1. Pembantu Am Pejabat Gred N1/N4 (KUP 15 Tahun)
(a) Jawatan : Pembantu Am Pejabat Gred N1/N4 (KUP 15 Tahun)
(b) Kementerian/ Jabatan : Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan :Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir
(e) Kekosongan Jawatan : Satu (1) Kekosongan


2. Pemandu Kenderaan Gred R3/R6 (KUP 15 Tahun)
(a) Jawatan :  Pemandu Kenderaan Gred R3/R6 (KUP 15 Tahun)
(b) Kementerian/ Jabatan : Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan :Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir
(e) Kekosongan Jawatan : Tiga (3) Kekosongan


Cara Memohon
(a) Pemohon hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Jawatan KWPKB 1/2012 yang boleh didapati melalui laman web Kementerian ini di alamat www.kwpkb.gov.my atau daripada Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Aras 3, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya dengan datang sendiri atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 32cm x 22cm yang beralamat sendiri dan bersetem RM1.50;

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport terbaru. Permohonan daripada pegawai- pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing- masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Penilaian Prestasi yang telah disahkan bagi tiga (3) tahun terakhir perkhidmatan; dan

(c) Borang permohonan yang telah lengkap dihantar hendaklah menyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat berkenaan.

Permohonan Yang Ditolak
Permohonan berikut akan ditolak:
(a) Tidak menggunakan Borang Permohonan Jawatan KWPKB 1/2012;
(b) Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
(c) Tidak lengkap atau tidak terang;
(d) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
(e) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan (bagi calon yang sedang berkhidmat);
(f) Tidak ditandatangani; dan
(g) Diterima selepas tarikh tutup iklan.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Ketua Setiausaha
Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Aras 3, Blok 2, Menara Seri Wilayah
Presint 2
62100 PUTRAJAYA
(u.p. : Encik Latif Bin Ali)

Tarikh Tutup Permohonan
Semua permohonan termasuk permohonan melalui pos hendaklah dihantar dan diterima oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar selewat-lewatnya pada 15 Jun 2012. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

(a) Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan akan dipanggil temuduga bagi jawatan ini;
(b) Kementerian ini tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri temu duga tersebut; dan
(c) Hanya calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dimaklumkan


(Klik Untuk Melihat Iklan 
Klik Untuk Borang Permohonan

sumber iklan : http://www.kwpkb.gov.my/

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text