Social Icons

Thursday, June 21, 2012

Kekosongan Jawatan UiTM Melaka


ITM Melaka (Kini UiTM Cawangan Melaka) bermula pada 12 Ogos 1984 di Bangunan sementara IKM di Jalan Hang Tuah, Melaka. Bermula dengan 158 orang pelajar kini UiTM Melaka telah melepasi 10,000 orang pelajar di dua Kampus, iaitu di UiTM Kampus Alor Gajah (KAG) seramai hampir 6,500 dan UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM) hampir 3,500 pelajar.  UiTM Kampus Alor Gajah menjalankan Program-program Diploma manakala UiTM Kampus Bandaraya Melaka menjalankan Program Ijazah Sarjana Muda dan Program Sarjana.

Kampus Alor Gajah telah dirasmikan pada 2 Mei 1996 oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia ke 4. Kampus ini merupakan kampus tetap dengan keluasan kawasannya 358.2 ekar.

UiTM Melaka terus berkembang pesat dengan menyahut cabaran untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri bagi mencapai 200 000 pelajar UiTM menjelang 2015. Atas usaha dan kerjasama UiTM Melaka dengan Kerajaan Negeri Melaka maka wujudnya UiTM Kampus Bandaraya Melaka, yang telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam pada 26 Mac 2007. KBM menempa sejarah ”City Campus” UiTM terbesar di Malaysia dengan jumlah pelajar hampir 3,500.  

Dari 1984 hingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah Kampus. UiTM Cawangan Melaka kini berada dibawah pentadbiran Datuk Prof Madya Dr Mizan Hj Hitam. 



Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Kampus Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.


Jawatan Tetap
1. Jururawat Masyarakat (U19)
2. Pembantu Perpustakaan (S17)
3. Pengawal Keselamatan (KP11)


 Klik Untuk Iklan Jawatan Tetap

Jawatan Kontrak
1. Penolong Pegawai Perubatan (U29)

Klik Untuk Iklan Jawatan Kontrak

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan yang di keluarkan oleh Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Melaka. Borang ini boleh didapati dengan mengambil sendiri di Kaunter Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Melaka ATAU melayari Website kami di www.melaka.uitm.edu.my. Penggunaan borang lain TIDAK di pertimbangkan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 2 Julai 2012 .
Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
UiTM CAWANGAN MELAKA
KM 26 JALAN LENDU
78000 ALOR GAJAH, MELAKA
NO. TEL : 06-5582000, 06-5582013, 06-5582014

Klik Untuk Borang Permohonan

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text