Social Icons

Tuesday, June 5, 2012

Kekosongan Jawatan Universiti Malaysia Pahang



Universiti Malaysia Pahang mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan bukan akademik seperti beikut:


1. Pegawai Perhubungan Industri Gred N48 (Kontrak)
2. Pegawai Penyelidik Gred Q41 (Tetap & Kontrak)
3. Penolong Pegawai Perubatan (Kontrak) 
4. Pembantu Makmal Gred C17 (Kontrak)
5. Juruteknik Komputer Gred FT17 (Kontrak)
6. Pembantu Juruaudit W17 (Tetap)



SYARAT-SYARAT UMUM
Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat
dalam skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan
yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


TARAF JAWATAN
Jawatan akan dilantik secara tetap atau kontrak.


CALON-CALON YANG MEROKOK TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON


PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau
Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua
Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi
Tahunan tiga (3) tahun terakhir, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan
ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2012, Para 18.


UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang
dari 54 tahun pada tarikh lantikan.



CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon di
laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak
Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran
permohonan melalui web rasmi UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara Online
melalui laman web rasmi UMP tidak akan dilayan.



Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat.

 Klik Disini Untuk Maklumat Lanjut

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text