Social Icons

Wednesday, June 20, 2012

Kekosongan Jawatan Majlis Bandaraya Shah Alam



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.


A. GRED LANTIKAN TETAP


1.JURUTERA J41
1 Kekosongan


2. PENOLONG AKAUNTAN W27
1 Kekosongan


3. PENOLONG JURUUKUR BAHAN J29
1 Kekosongan


4. PEMBANTU PERTANIAN G17
1 Kekosongan


B. GRED LANTIKAN KONTRAK


1. AHLI MUZIK B31
1 Kekosongan


2. AHLI MUZIK B27
5 Kekosongan


3. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27
1 Kekosongan 


4.PENOLONG JURUUKUR BAHAN J29
1 Kekosongan 


C. GRED LANTIKAN SAMBILAN


1. JURUTERA J41
1 Kekosongan 


KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
B - Perkhidmatan Bakat dan Seni
G - Perkhidmatan Pertanian
J - Perkhidmatan Kejuruteraan
N - Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
S - Perkhidmatan Sosial
W - Perkhidmatan Kewangan


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:


Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.


PERHATIAN KEPADA PEMOHON:


i) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
ii) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;
iii) Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;
iv) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;
v) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
vi) Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;
vii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


PERMOHONAN
Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.
Permohonan hendaklah dihantar kepada:
Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor


Tarikh tutup permohonan adalah pada : 21 Jun 2012




No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text