Social Icons

Wednesday, June 20, 2012

Kekosongan Jawatan Perbadanan Putrajaya



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:-
1 Juruteknik (Elektrik) Gred J17
1) Warganegara Malaysia;
2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya .
SENARAI TUGAS
1) Bertanggungjawab memasang, menguji, mengendalikan, sedia tunggu dan mengemaskan kembali peralatan audio visual apabila bertugas di dewan, auditorium atau bilik mesyuarat.
2) Bertanggungjawab terhadap peralatan elektronik seperti kamera, projektor, sistem siaraya mudah alih dan lain-lain peralatan elektronik milik Perbadanan Putrajaya bagi tujuan pinjaman oleh pegawai
Perbadanan Putrajaya.
3) Bertanggungjawab dalam menyenggara dan membaik pulih kerosakan kecil peralatan audio visual. Sekiranya khidmat pakar diperlukan, perakuan hendaklah dikemukakan kepada ketua unit bagi mendapat kelulusan.
4) Membantu merancang untuk penambahbaikan kelengkapan atau kemudahan berkaitan audio visual mengikut situasi terkini.
5) Membantu menyediakan spesifikasi dan mendapatkansebut harga dari syarikat luar sekiranya memerlukan pembelian peralatan tambahan audio visual yang berharga rendah.
6) Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.
Pemohon boleh menghantar resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan berserta 2 keping gambar berukuran passport ke selewat-lewatnya 22 Jun 2012 ke alamat berikut :
Perbadanan Putrajaya
Kompleks Perbadanan Putrajaya
24, Persiaran Perdanan, Presint 3
62675 PUTRAJAYA
u/p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Maklumat lanjut : 03-88877000 sambungan 8071/8041 (Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia)
sumber iklan : http://www.ppj.gov.my
iklan jawatan sila klik sini

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text