Social Icons

Wednesday, May 30, 2012

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia





PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
(Agensi Dibawah Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia)
IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan untuk mengisi kekosongan jawatan
berikut di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia:-
BIL. JAWATAN GRED
1. PEREKA B17
2. PENGAJAR KRAF E17
3. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
4. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT N17
5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
6. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17

TARAF JAWATAN : TETAP
CARA MEMOHON DAN SYARAT PERMOHONAN
1. Semua permohonan perlu dibuat secara ’on-line’ melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my
2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Jun 2012 (Sabtu).
3. Calon-calon diwajibkan untuk memuat naik gambar pada borang permohonan.
4. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut semua syarat yang dinyatakan akan ditolak;
5. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;
6. Calon-calon yang berjaya disenarai pendek untuk panggilan temuduga perlu membawa sekeping gambar
berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik,
transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah.
7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (06) bulan dari tarikh tutup iklan adalah
dianggap tidak berjaya.
8. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau
Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan hendaklah disertakan
dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
terkini hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temuduga;
9. Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan
berkaitan dengan temuduga.

Klik Untuk Melihat Kekosongan Jawatan

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text